25 perkara kamu patut bersyukur
1) Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa ada arah,
2) Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas…semuanya percuma,
3) Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang,
4) Masih boleh mendengar muzik, mencium makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas,
5) Mempunyai kawan untuk di ajak makan bersama, ada kawan dihubungi ketika kamu bosan dan ada kawan untuk di ajak jalan-jalan dihujung minggu,
6) Berkesempatan untuk bersekolah.biarpun penat mengulang kaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada ditempat kamu hari ini,
7) Kamu masih mampu ketawa menonton filem komedi,
8) Menangis saat melihat sesuatu mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu..ini bermakna kamu masih manusia mempunyai perasaan.
9) Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman.keluarga dan orang tersayang..
10)Ingin melihat filem bagus Cuma tinggal pergi sahaja menonton dipawagam.ingin tengok konsert artis idola kamu tinggal pergi beli tiket dan masuk sahaja ke konsert,,,Hmmm..nasib kamu baik sangatkan???
11) Kamu boleh membaca dan bayangkan berapa banyak perkara dan ilmu yang kamu akan dapat perolehi dari membaca…
12) Terasa ingin makan makanan jepun.itali.cina atau apa sahaja,mudah kamu hanya perlu pergi sahaja sahaja ke restoran terdekat..’thanks to global trade…
13) Hidup di negara bebas perang…
14)Terima kasih untuk teknologi-teknologi canggih membuatkan hidup menjadi bertambah mudah..
15) Punya bakat tertentu? Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kamu lakukan…
16)Kamu bebas memakai apa sahaja mengikut cita rasa dan keinginan kamu..dengan erti kata lain mampu mengisi almari pakaian kamu seperti yang diinginkan,
17) Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai kamu.sekiranya kamu kembar sekalipun pasti ada bezanya. Jadi bersyukurlah di lahir unik dan tiada duanya..
18)Setiap kali kamu punya kesempatan untuk melihat dunia lain.misalnya melancong ke nagara orang ataupun negeri orang.manfaatkanlah sebaik-baiknya..bukan semua orang boleh mendapat apa yang kamu dapat.
19)Ketika kamu mampu membuat orang lain ketawa rasanya tidak akan ada perkara yang lebih baik dari itu..
20) Kita masih hidup sehingga ke hari ini dan alasan ini sememangnya sudah cukup kuat untuk kamu bersyukur..
21) Kamu masih ada tempat untuk mengadu masalah serta kesedihan yang dihadapi,
22) Bagaimana ‘pokai’ pun kamu di tengah bulan, tetapi kamu masih ada makanan untuk dimakan.
23) Setiap kali kamu bosan lagu-lagu indah sedia menemani kamu. Cuma perlu putarkan sahaja mengikut cita rasa.
24) Setiap kali kamu melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia membetulkan kerana tidak mahu kamu jatuh tersungkur di atas kesalahan yang dilakukan.
25) Kamu bebas memilih apa yang kamu inginkan dalam hidup asalkan kamu rajin dan berusaha keras untuk mendapatkannya.^^,